Tuesday, February 10, 2009

SEJARAH RINGKAS PENGAKAP TAIPING

Pengakap mula bertapak di Taiping pada tahun 1921 di St. George's Institution atas nama Kumpulan 1st Taiping, bukan saja pertama di Taiping malah pertama di Perak.Kolej Melayu Kuala Kangsar lebih awal tetapi di bawah kawalan Ibu Pejabat Persekutuan bukan di bawah Pesuruhjaya Negeri Perak.Pemimpin-pemimpin awal Kumpulan 1st Taiping adalah M/S.R.C. Augustin, S.Selvanayagam, Lee Kim Loon, A.M.Lesslar dan Cheow Kang Yong.

SMK King Edward menyusul kemudian dengan tertubuhnya Kumpulan 2nd Taiping pada tahun 1922 di bawah pimpinan D.C.Doral, Sujan Singh dan Low Yew Teik.

Ini diikuti oleh 3rd Taiping( SMKKE ), 4th Taiping( SK Taiping ), 5th Taiping( SGI ), 7th,8th dan 9th Taiping( SMKKE).Pemimpin-pemimpin
nya adalah Ooi Eng Leong, Utam Singh, Yeoh Teng Khoo, E.A.Badsha, Hj.Ismail bin Sutan dan Khoo Kai Huat.

Pada awalnya Taiping tidak ada Pesuruhjaya Daerah tetapi di bawah jagaan Dr.L.R.Wheeler, salah seorang dari Kolej Melayu yang bertindak sebagai Pesuruhjaya Perak.Tidak ada Persekutuan Pengakap Daerah ketika itu.Ia hanya ditubuhkan pada tahun 1948 dan presiden pertamanya ialah Mr.J.D.Joseph M.B.E. Apabila H.R.Herslet datang ke Perak, beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya Pengakap Daerah.

Beliau telah menubuhkan Patrol Daerah yang terdiri daripada Ketua-ketua dari kumpulan-kumpulan sekolah SGI dan SMK King Edward VII.Beliau sendiri telah menurunkan ilmu pengakap kepada mereka untuk disampaikan kepada patrol masing-masing.

Ketika itu aktiviti utama pengakap adalah kawad dan isyarat( morse dan Semaphore) diajar oleh Rejimen Burma Rifles.Di samping itu ilmu kemahiran pengakap diberi di sekitar Taman Tasik Taiping dan Burmese Pool.Beberapa pertandingan kemahiran dan isyarat telah diadakan.Kumpulan dari Taiping ini kerap menjadi johan bagi merebut Piala A.C.Sheild yang dihadiahkan oleh Herslet sendiri.Turut dipertandingkan adalah Piala Sultan dan pada 'finals' yang pertama ianya dimenangi oleh 2nd Taiping (SMKKE).Piala ini diganti dengan Piala Kuppusamy.

Banyak bantuan telah diberikan oleh Rejimen Burma Rifles ketika mereka mengadakan latihan di tapak kem Tea Gardens (Bukit Larut).Setelah wujud Kem Maju, pelbagai aktiviti latihan telah diadakan di situ.Semasa 1st All Malaya Jamboree di Pulau Pinang, kumpulan 'signallers' Taiping telah mencuri perhatian ramai.

M/S Manecksha & Co, adalah satu-satunya kedai di negara ini yang menjual keperluan pengakap ketika itu.Kedai ini telah dilantik secara rasmi oleh Imperial Scout HQ di London untuk menjual barangan pengakap kepada pengakap di seluruh negara.

( Dipetik daripada A Brief History Of Scouting In Taiping compiled by Mr.Chan Kwai Fong-DC Larut Matang dan Selama sekitar '60an )

3 comments:

  1. Asalamualaikum.Bro apa kata kalau diterjemahkan buku tersebut dalam bentuk blog atau apa2 pun la utk tatapan semua org.kemudian kita cari atau buat 1 team utk dokumentasi catatan sejarah pengakap Taiping dan yg berkaitan dgnnya.Kita bg peluang group kelana atau Majlis Patrol utk setup projek ni.Kurang2 boleh juga kita dan anak2 akan dtg melihat perkembangan pengakap taiping ni.saya sudi utk membantu.
    de BPT 10 Feb 09 Jam 2355

    ReplyDelete
  2. I was once a troop leader for 33rd Taiping (1976) and a troop leader for 2nd Taiping (1978). Well, those were the days..... God bless.

    ReplyDelete