Tahunnya 2005, setelah berbincang dengan AJK pasukan Kelana sekolah tempat saya mengajar, kami telah bersetuju mengadakan suatu perkhemahan pengakap Kelana sekolah, cuma kali ini agak lain sedikit kerana tiada aktiviti pengakap secara fizikal sangat kerana tema perkhemahan kali ini adalah "Ketenangan".
Maka satu tapak perkhemahan yang begitu tenang berhampiran dengan bandar Taiping telah dipilih.Tiada bunyi kereta atau motosikal atau generator atau orang ramai.Yang ada hanya kami dan alam sekeliling yang sungguh aman damai lagi menyamankan.
Pada mulanya AJK kem tidak begitu yakin dengan tema ini maklumlah perkhemahan tanpa banyak aktiviti fizikal, namun yang telah dirancang mesti terus dilaksanakan.
Berberapa aktiviti telah disusun bagi menghayati suasana tenang seperti berkayak perlahan di tasik tanpa bersuara, trekking sambil mendengar bunyi burung yang berbagai, melihat burung helang 'gliding' di udara, melihat pohon kelapa menari mengikut tiupan angin petang, mendengar bunyi air anak sungai yang berdekatan dan melihat matahari senja.Alhamdulillah cuaca 'is on our side'.
Pada sepanjang aktiviti, pengamatan dititikberatkan sambil merasai anugerah yang dihamparkan oleh Yang Maha Esa, maka ianya lebih kepada muhasabah kendiri sambil melakukan penghayatan.Setiap slot ada brain-storming.Suprisingly, hasilnya amat memberansangkan.
Rata-rata meluahkan perasaan PUAS HATI dan SERONOK kerana berpeluang mengenali diri sendiri dalm keadaan yang amat 'relax' dan selesa.Rupa-rupa mereka yang berada di alam akhir remaja ini telah terlupa untuk merenung dalam diri masing-masing dek kerana terlalu sibuk mengejar kejayaan dan juga sibuk menjalani aktiviti harian.Tak sempat nak lihat ke belakang, kedepan, kiri atau kanan apatah lagi dalaman.
"Perkhemahan itu telah diadakan pada waktu yang tepat", kata mereka , iaitu sejurus sebelum mereka memasuki alam dewasa. Setidak-tidaknya "they are more prepared"..........
So, awalnya, apa yang AJK risaukan turned out to be a successful and meaningful camp.At times you can do away with physical activities....
As always........."BE PREPARED"
Monday, February 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Very nice...
ReplyDeleteMcm ni la..baru syok boleh baca pengalaman rkn2.
Teruskan.kira ok dah ni..
de abgbravo