Sunday, March 22, 2009

Proud to be part of the BIG organisation.....SCOUTING.

Scouting for boys.......the famous phrase I'm familiar with ever since I joined the movement 44 years ago.I'm not a boy anymore...but...somewhere deep inside, the same phrase still exists and I am proud to be part of the BIG, BIG movement.I'm proud and I'm not ashame to have that word 'boy scout' to be tagged to my name.Why should I?

Last night I was having a discussion with my fellow scouters (9W2BPT and 9W2JPT, licenced ham operators)....scouts' dicussion.Then came a couple of friends who are not scouts. We discussed about the oncoming King Scouts' Standardisation Camp to be held next weekend.My two friends were stunned listening to the many different camps each scout had to attend before being accepted to the standardisation camp.....so, we gave a briefing on 'how to be a King Scout'.

Tough and challenging....mentally and physically....especially for those at the age of 16+ having to be decision makers, planners, solo campers, craftsmen, ........gadjets....you name it.....better than the carpenters when it comes to producing camp tables and chairs, chefs...oh yes...singers, dancers, first aiders...........and the list goes on and on and on making my two friends rather suprised, puzzled.



Some of the activities



Discipline through marching drills



A scout erected this bivouac all by himself



.......go on a 40km hike....


.....no nails....and tall....


.....and even taller.....


.......and the tallest......

Congratulations Shiang Yang Scouts.....the tallest scouts pioneering tower in Malaysia by Guiness Book of Records
40.26 metres


What is the 'thing' that makes this ordinary youngster tough mentally and physically strong and commited....my two friends wondered.

I guessed, its the true understanding of the Scouts Promise and the ten Scouts laws.The BP Spirit lives......Once a scout always a scout.....

Kursus Ketua Patrol

Suatu perkhemahan di mana anak-anak pengakap diajar pelbagai kemahiran pengakap dan hal-hal yang berkhaitan dengan pengurusan kumpulan serta patrol.Ianya diadakan pada setiap tahun di peringkat negeri.Bilangan penyertaan setiap kali .....ramai......tak kurang dari 700 orang dan kadang-kadang hampir 900 orang.Kalau dicampur dengan pembantu dan tenaga jurulatih.......lebih kurang ........1000 orang.Tempoh....4 hari, 3 malam.Tempat.....tapak Kem Kota, Layang-layang kiri, Bota, daerah Perak Tengah, bersebelahan dengan Sungai Perak.

Amat memenatkan, tetapi...seronok, puas hati.

Di dewan terbuka....kawad tongkat


CPR

Pertolongan Cemas




Tali temali......letih tapi......senyum je lah......



Tapak kem perempuan



Tapak kem lelaki


Pengisian kem sepanjang kursus adalah:

1. Ceramah Sistem Berpatrol serta objektik berpatrol.
2. Ciri-ciri seorang ketua dan tanggungjawabnya.
3. Majlis Ketua Patrol dan peranannya.
4. Perjumpaan mingguan dan perancangannya.
5. Skim latihan.
6. Simpulan dan ikatan.
7. Membaca peta, kompas, dan pengagakan.
8. Buku log, pengurusan buku log.
9. Pengembaraan, format log pengembaraan.
10. Pertolongan cemas, tindakan kecemasan, pernafasan bantuan.
11. Tapak perkhemahan dan gejet.
12. Malam pengakap.
13. Kawad dan kawad tongkat.
14. Cara membuat rambu.


TAHNIAH KEPADA JURULATIH-JURULATIH.

Friday, March 20, 2009

My hometown, Taiping Bandar Warisan and around it.

Just to fill the 'in betweens' of the activities during the school holidays, I took a few shots with my camera of a few places nearby.....



Bukit Merah Lake Town



Thursday, March 19, 2009

Kem Ujian Lencana Kepandaian Pengakap Muda 2009

Beberapa buah sekolah telah menyertai Kem Ujian Lencana Kepandaian Pengakap Muda bagi melengkapkan skema mereka baru-baru anjuran Unit Program Pengakap Daerah Larut Matang dan Selama di Taiping Bandar Warisan.


Sekolah-sekolah yang terlibat:
SMK St. George
SMK Bukit Jana
SMK Dato Hj. Hussein
SMK Dato Kamaruddin
SMK King Edward VII
SMK Darul Ridzuan
SMK Sri Kota
SMK Hua Lian
SMK Jelai



Semoga mereka berjaya dalam usaha ke arah mendapat anugerah Rambu Pengakap Muda.

Wednesday, February 25, 2009

LAGU PENGAKAP TETAP NOMBOR SATU

Ikut irama lagu "Papaya buah pisang jambu".Kalau tak tahu tanyalah mana-mana otai-otai, mereka pasti tahu.Lagu ini ku cipta semasa kem Kursus Ketua Patrol tatkala sekolah -sekolah mewajibkan keahlian unit beruniform.Maka macam-macam unit ditubuhkan disekolah, tapi bagi ku , pengakap tetap nombor satu.


PENGAKAP SEJAK DARI DULU
JADI PILIHAN NAN BERIBU
BIAR BANYAK KUMPULAN BARU
PENGAKAP TETAP DI HATI KU

chorus:
MARILAH MARI HAI KAWAN-KAWANKU
TAMBAH PENGETAHUAN TAMBAH JUGA ILMU
MARILAH MARI BERSAMA BERSATU
PENGAKAP TETAP TERUS MAJU

PENGAKAP SEJAK DARI DULU
JADI PILIHAN NOMBOR SATU
BIAR BANYAK KUMPULAN BARU
PENGAKAP TETAP NOMBOR SATU


Tuesday, February 10, 2009

SEJARAH RINGKAS PENGAKAP TAIPING

Pengakap mula bertapak di Taiping pada tahun 1921 di St. George's Institution atas nama Kumpulan 1st Taiping, bukan saja pertama di Taiping malah pertama di Perak.Kolej Melayu Kuala Kangsar lebih awal tetapi di bawah kawalan Ibu Pejabat Persekutuan bukan di bawah Pesuruhjaya Negeri Perak.Pemimpin-pemimpin awal Kumpulan 1st Taiping adalah M/S.R.C. Augustin, S.Selvanayagam, Lee Kim Loon, A.M.Lesslar dan Cheow Kang Yong.

SMK King Edward menyusul kemudian dengan tertubuhnya Kumpulan 2nd Taiping pada tahun 1922 di bawah pimpinan D.C.Doral, Sujan Singh dan Low Yew Teik.

Ini diikuti oleh 3rd Taiping( SMKKE ), 4th Taiping( SK Taiping ), 5th Taiping( SGI ), 7th,8th dan 9th Taiping( SMKKE).Pemimpin-pemimpin
nya adalah Ooi Eng Leong, Utam Singh, Yeoh Teng Khoo, E.A.Badsha, Hj.Ismail bin Sutan dan Khoo Kai Huat.

Pada awalnya Taiping tidak ada Pesuruhjaya Daerah tetapi di bawah jagaan Dr.L.R.Wheeler, salah seorang dari Kolej Melayu yang bertindak sebagai Pesuruhjaya Perak.Tidak ada Persekutuan Pengakap Daerah ketika itu.Ia hanya ditubuhkan pada tahun 1948 dan presiden pertamanya ialah Mr.J.D.Joseph M.B.E. Apabila H.R.Herslet datang ke Perak, beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya Pengakap Daerah.

Beliau telah menubuhkan Patrol Daerah yang terdiri daripada Ketua-ketua dari kumpulan-kumpulan sekolah SGI dan SMK King Edward VII.Beliau sendiri telah menurunkan ilmu pengakap kepada mereka untuk disampaikan kepada patrol masing-masing.

Ketika itu aktiviti utama pengakap adalah kawad dan isyarat( morse dan Semaphore) diajar oleh Rejimen Burma Rifles.Di samping itu ilmu kemahiran pengakap diberi di sekitar Taman Tasik Taiping dan Burmese Pool.Beberapa pertandingan kemahiran dan isyarat telah diadakan.Kumpulan dari Taiping ini kerap menjadi johan bagi merebut Piala A.C.Sheild yang dihadiahkan oleh Herslet sendiri.Turut dipertandingkan adalah Piala Sultan dan pada 'finals' yang pertama ianya dimenangi oleh 2nd Taiping (SMKKE).Piala ini diganti dengan Piala Kuppusamy.

Banyak bantuan telah diberikan oleh Rejimen Burma Rifles ketika mereka mengadakan latihan di tapak kem Tea Gardens (Bukit Larut).Setelah wujud Kem Maju, pelbagai aktiviti latihan telah diadakan di situ.Semasa 1st All Malaya Jamboree di Pulau Pinang, kumpulan 'signallers' Taiping telah mencuri perhatian ramai.

M/S Manecksha & Co, adalah satu-satunya kedai di negara ini yang menjual keperluan pengakap ketika itu.Kedai ini telah dilantik secara rasmi oleh Imperial Scout HQ di London untuk menjual barangan pengakap kepada pengakap di seluruh negara.

( Dipetik daripada A Brief History Of Scouting In Taiping compiled by Mr.Chan Kwai Fong-DC Larut Matang dan Selama sekitar '60an )

Monday, February 2, 2009

Ketenangan

Tahunnya 2005, setelah berbincang dengan AJK pasukan Kelana sekolah tempat saya mengajar, kami telah bersetuju mengadakan suatu perkhemahan pengakap Kelana sekolah, cuma kali ini agak lain sedikit kerana tiada aktiviti pengakap secara fizikal sangat kerana tema perkhemahan kali ini adalah "Ketenangan".

Maka satu tapak perkhemahan yang begitu tenang berhampiran dengan bandar Taiping telah dipilih.Tiada bunyi kereta atau motosikal atau generator atau orang ramai.Yang ada hanya kami dan alam sekeliling yang sungguh aman damai lagi menyamankan.


Pada mulanya AJK kem tidak begitu yakin dengan tema ini maklumlah perkhemahan tanpa banyak aktiviti fizikal, namun yang telah dirancang mesti terus dilaksanakan.


Berberapa aktiviti telah disusun bagi menghayati suasana tenang seperti berkayak perlahan di tasik tanpa bersuara, trekking sambil mendengar bunyi burung yang berbagai, melihat burung helang 'gliding' di udara, melihat pohon kelapa menari mengikut tiupan angin petang, mendengar bunyi air anak sungai yang berdekatan dan melihat matahari senja.Alhamdulillah cuaca 'is on our side'.


Pada sepanjang aktiviti, pengamatan dititikberatkan sambil merasai anugerah yang dihamparkan oleh Yang Maha Esa, maka ianya lebih kepada muhasabah kendiri sambil melakukan penghayatan.Setiap slot ada brain-storming.Suprisingly, hasilnya amat memberansangkan.

Rata-rata meluahkan perasaan PUAS HATI dan SERONOK kerana berpeluang mengenali diri sendiri dalm keadaan yang amat 'relax' dan selesa.Rupa-rupa mereka yang berada di alam akhir remaja ini telah terlupa untuk merenung dalam diri masing-masing dek kerana terlalu sibuk mengejar kejayaan dan juga sibuk menjalani aktiviti harian.Tak sempat nak lihat ke belakang, kedepan, kiri atau kanan apatah lagi dalaman.

"Perkhemahan itu telah diadakan pada waktu yang tepat", kata mereka , iaitu sejurus sebelum mereka memasuki alam dewasa. Setidak-tidaknya "they are more prepared"..........

So, awalnya, apa yang AJK risaukan turned out to be a successful and meaningful camp.At times you can do away with physical activities....

As always........."BE PREPARED"